Kerjaya Samuel Rizal

Sejak kecil lagi anak ketiga dari empat beradik ini gemar bersukan terutamanya Bola Keranjang dan telah meraih kejayaan dalam sukan tersebut. Lelaki berdarah Minang, Ambon dan Manado yang memulakan kerjayanya di klub satria muda ini sempat mewakili Indonesia dalam kejuaraan "Three On Three" di Taiwan. Dia juga pernah terpilih sebagai anggota team junior indonesia. Berkat sukan pula, Anak lelaki dari Buetje S Arifin dan Wunay Rolandy Luntungan ini berkenalan dengan dunia lakonan. Ketika itu, dalam sebuah kejuaraan, Samuel ditawarkan untuk menjadi model oleh seorang pelatih bakat. Lelaki yang sempat belajar di STIMIK Perbanas angkatan 2000 ini pun mendapat tawaran berlakon dalam filem Tusuk Jelangkung. Namanya terkenal kerana filem Eiffel I'm in Love yang dibintanginya bersama Shandy Aulia. Berkat filem itu, Samuel mendapat gelaran Most Favourite Actor dalam MTV Indonesian Movie Awards (MIMA) pada tahun 2004.